Senin, 03 Desember 2012

Arab Sebelum Islam Masuk



I.                   PENDAHULUAN                                             


            Didalam menulis sejarah Islam, telah menjadi kebiasaan untuk memulakannya dengan tinjauan terhadap politik, ekonomi, social dan keadaan agama kaum Arab pada permulaan seruan Muhammad terhadap misinya sebagai Pesuruh Allah. Ini adalah konvension [kaedah] kedua ahli sejarah yang pertama adalah penerangan terhadap geografi daerah tersebut]. Kami harus juga patuh pada konvension ini, dan akan menyatakan secara ringkas keadaannya secara am di tanah Arab pada penghujung tahun ke enam dan dipermulaan tahun ke tujuh A.D
II.                RUMUSAN MASALAH
a.       Keadaan Geografis Ditanah Arab.
b.      Keadaan politik Ditanah Arab.
c.       Kondisi Ekonomi Di Tanah Arab.
d.      Kondisi social Ditanah Arab
e.       Sistem Kepercayaan dan Kebudayaan keberagamaan

III.             PEMBAHASAN
A.    Keadaan Geografis Di Tanah Arab.
1.      Sinopsis Geografi Semenanjung Arab.
Telah menjadi satu kaedah ahli-ahli sejarah untuk memulakan sejarah sesuatu daerah dengan geografinya. Mereka melakukan itu disebabkan sebagian dari drama sejarah itu dilakonkan dipentas geografi kawasan tersebut dan sebagian lagi disebabkan oleh faktor yang dinamakan geopolitik yaitu faktor yang mempastikan dengan keadaan geografinya. Telah dikatakan bahawa bukan institiusi sahaja, tetapi juga geografi, cuaca dan banyak lagi elemen yang bercantum lalu membentukkan pengaruh yang akan dilakukan berterusan dari generasi ke generasi; membentuk peribadi individu dan juga ummah, dan keperibadian inilah yang memainkan peranan utama didalam membentuk sejarah mereka[1].
Semenanjung Arab adalah buaian Islam. Islam telah dilahirkan, dan membesar didalamnya dan telah menjadi cukup dewasa apabila ia keluar darinya. Didalam kota-kota Arab inilah, Makah dan Madina, pengenalan kepada klasikal Islam berkisar, dan Islam benar-benar hidup. Maka sedikit gambaran mengenai geografi Arab adalah perlu untuk memahami akan alunan sejarahnya.

Tanah Arab sama seperti kawasan-kawasan lain, mempunyai suatu sifat yang akan membentuk dan mengubah orang-orang yang hidup didalamnya atau bergerak melaluinya. Ia adalah satu kawasan yang keras, ganas dan kejam, begitulah keadaannya, sehinggalah minyak ditemui didalam buminya, ia selalu mencabar segenap kekuatan manusia untuk terus hidup. Untuk berterusan hidup [survival] dikawasan ini bergantung kepada kebolehan diri untuk berubah mengikut perubahan yang berlaku disekitarannya.
Bertentangan dengan anggapan orang ramai, Tanah Arab bukan semuanya padang pasir yang gersang. Ia mempunyai berbagai rupa dan bentuk pada permukaannya, rupanya yang jelas adalah pasir yang membakar, gunung-gunungnya yang ungu, lembahnya yang dalam serta sempit dengan tebing-tebingnya yang tinggi tidak teratur, puncak yang tajam dengan bentuknya yang ganjil serta langitnya yang berwarna tembaga, batu batannya yang mudah pecah, dataran batu-apinya yang berwarna putih, rupa geometrik batunya yang berbentuk kon, berterusan perpindahan pasir, takungan air, tasek dan taman-tamannya.[2]
Walaupun kebanyakan dari permukaannya yang tandus dan gersang, bumi Arab mempunyai banyak tempat-tempat yang indah untuk digambarkan. Ia mempunyai irama dan kecantikannya tersendiri – kecantikan susunan jalinan pasirnya yang seperti ombak lautan yang sentiasa bergerak. Alunan pasir ini dapat dilihat sejauh mata memandang, di dalam keheningan dan kegersangannya. Cahaya mentari memancarkan sisik-sisiknya yang terang dipasir, dan angin pula membuat lakaran yang ‘aneh’, ‘pasti’ dan ‘abstrak’ padanya untuk seketika sebelum ia dimusnahkan kemudiannya. Angin telah mencipta, memusnah dan mencipta keindahan itu semula. Dan keindahan ini telah melambangkan ketidak kekalan di dalamnya, di lahirkan ditanah yang gersang untuk tidak dinikmati seketika, dan kemudian menghilang dengan tidak diketahui. Di dalam padang pasir yang luas ini, lanskapnya selalu berubah, terus menerus menerima pembaruan, dengan berbagai rupa, sentiasa bergerak dari tempat ketempat. Pasir dapat dilonggokan menjadi sebuah bukit setinggi 150 meter tinggi. Ini bergantung pada kelajuan dan arah angin dan bukit pasir ini mempunyai berbagai bentuk, seperti bulan sabit atau banjaran bukit yang selari atau berupa piramid, yang dipanggil gunung pasir.
Jika padang pasir mempunyai berbagai rupa, ia juga mempunyai banyak ragam, dan kebanyakannya tidak dapat diramalkan. Disatu ketika aman damai dan hening diketika yang lain mengganas, dan merbahayakan seperti ombak dilautan. Keseluruh kafilah, manusia, unta dan kuda, kesemuanya boleh hilang ditelan ribut pasir yang lapar lagi ganas ini.
            Ribut pasir ini boleh berlaku selama beberapa hari, matahari, bulan, bintang, dan pemandangan semuanya hilang, yang tinggal hanya putaran pasir yang berterbangan, yang membuat lapisan demi lapisan pasir dipermukaannya. Di musim panas pula, matahari tegak boleh menjadikan ribut pasir panas membakar, dengan itu padang pasir telah menjadi cantuman dua elemen – panas dan pasir. Adakalanya ribut pasir diikuti oleh hujan sejenak, ini akan memaparkan ‘dua pelangi’, pelangi yang cukup sempurna merangkumi pelangi yang kecil. Begitulah, ketakutan dan kecantikan hadir bersama di dalam ‘putaran kehidupan’ di padang pasir.[3]
            Tetapi dengan ini semua, dan kekal selamanya, padang pasir telah tinggal terasing, sunyi, ganas, menakutkan dan kekal di dalam keheningan yang luas. Sebilangan manusia percaya bahawa padang pasir mempunyai misterinya tersendiri yang boleh memberi kesan kepada manusia. Dengan berlatar belakang inilah Arab – putera padang pasir – memainkan peranan hidupnya.
Bumi Arab adalah semenanjung yang terbesar didalam dunia, tetapi orang-orang Arab sendiri memanggilnya Jazirat-ul-Arab [kepulauan Arab], yang mempunyai pengertian perkataannya sebenar. Dilingkungi dibahagian Timur dengan Telok Parsi, di bahagian Selatan, Laut Arab dan dibahagian Barat, Laut Merah dan dilingkungi dibahagian Utara dengan ‘lautan pasir’ Padang Pasir Syria.
Di dalam lingkaran garisan luar, Arab berupa segiempat dengan keluasan 1.2 juta batu persegi. Dari persisiran Laut Merah bermula dari Teluk Aqaba di Utara ke Bab-el-Mendeb di Selatan, adalah 1200 batu panjang; dan jarak dari Bab-el-Mendeb di Barat ke Ras-el-Hadd di Timur jauhnya lebih kurang sama
Dalam rupa bentuk, tanah Arab adalah dataran tanah tinggi yang rata meninggi sedikit dari Timur ke Barat. Melainkan Yaman dan lembah-lembah yang bertaburan di bahagian Barat banjaran gunung, selebihnya bumi Arab adalah berpasir atau berbatu, kering dan gersang.

B.     Keadaan Politik di Tanah Arab

            Keadaan yang paling terlihat cara hidup berpolitik orang Arab sebelum Islam adalah “ketiadaan organisasi politik dalam bentuk apa pun”. Dengan pengecualian negara Yaman di barat-daya, tidak ada satu bahagian pun di semenanjung Arab yang mempunyai kerajaan pemerintah diketika itu, dan kaum Arab tidak pernah mengakui bentuk penguasaan selain dari kuasa yang dimilikki oleh ketua-ketua suku kaum mereka. Bagaimanapun kuasa yang ada pada ketua-ketua suku kaum bergantung kepada keperibadian dan personaliti yang lebih condong kepada moral dari politik.
            Pelajar sejarah moden merasa sungguh pelik bahawa orang Arab dapat hidup dari generasi ke generasi, dari abad ke abad, tanpa mempunyai kerajaan dalam bentuk apa pun. Oleh kerana tidak mempunyai kerajaan, maka tidak terdapat bentuk peraturan dan perundangan. Inilah cara hidup mereka. Di dalam kejadian dimana jenayah telah dilakukan, kumpulan yang teraniaya akan bertindak sesuka mereka dan cuba mendapatkan ‘keadilan’ dari kumpulan yang melakukannya. Sistem ini kerap membawa kepada kejadian yang amat zalim.
            Jika terdapat orang Arab menahan diri [bersabar], ini bukanlah disebabkan dari keraguan terhadap persoalan sama ada dia benar atau salah, tetapi kerana takut akan terjadinya tindakan pembalasan atau dendam. Dendam selalunya akan melibatkan kepada semua generasi Arab. Oleh kerana tidak adanya polis, mahkamah atau hakim, maka perlindungan dari musuh hanya boleh didapati dari suku kaum sendiri. Suku kaum mempunyai tanggung jawab untuk melindungi ahlinya, walaupun jika ahlinya telah melakukan kesalahan. Perasaan perkauman adalah yang lebih utama dari etika. Sesuatu kaum yang gagal melindungi ahlinya akan menerima nama yang buruk, dicela, dan dihina. Etika tidak mempunyai apa-apa peranan bagi orang Arab.
            Oleh kerana orang-orang Arab tidak mempunyai kerajaan, dan naluri mereka yang selalu menentang segala bentuk perlembagaan dan undang-undang, maka mereka sentiasa terikat dengan peperangan. Perang adalah sesuatu yang kekal di dalam masyarakat Arab. Kawasan padang pasir hanya boleh menampong jumlah manusia yang terhadap sahaja, maka peperangan diantara suku-suku kaum telah dapat mengekalkan kawalan bilangan pertumbuhan manusia. Tetapi orang-orang Arab tidak melihat peperangan ini membawa kepada alasan yang tersebut itu. Bagi mereka, peperangan adalah untuk menghabiskan masa, atau satu bentuk penampilan yang bahaya, atau satu bentuk pementasan perkauman yang dibiayai oleh mereka-mereka yang profesonal, yang mengukur menurut etika keperwiraan dizaman silam, sedang para ‘pemerhati’ akan memberikan sorakan. Orang-orang Arab tidak berhajat kepada keamanan yang berpanjangan, maka peperangan memberikan mereka satu jalan keluar dari pekerjaan seharian yang membosankan, cara kehidupan dipadang pasir. Dari itu mereka dapat merasakan kesenangan dari pergelutan bersenjata. Peperangan dapat memberikan mereka peluang untuk menunjukkan kecekapan mereka di dalam memanah, berpedang dan menunggang kuda dan dalam peperangan juga mereka dapat menonjolkan diri sebagai wira serta dalam masa yang sama memenangi kehormatan dan sanjungan dari suku kaum mereka.
Suku kaum Arab yang tidak tinggal tetap sering menyerang kafilah-kafilah dan tempat penginapan yang kecil diseluruh semenanjung. Banyak kafilah dan tempat penginapan ini yang mendapat perlindungan dari serangan suku kaum tersebut dengan membayar sejumlah uang dengan tetap.
Adalah penting untuk kita mengetahui dengan fakta sebenar bahawa pada permulaan lahirnya Islam tidak terdapat beberapa bentuk kerajaan pada peringkat apa pun di bumi Arab, dan fakta ini juga mungkin telah menyebabkan kepada bangkitnya Islam itu sendiri. Dengan ketiadaan beberapa bentuk kerajaan walaupun dalam bentuk yang paling asas, adalah suatu fenomena yang luar biasa yang telah dirakam dan diulas oleh kebanyakan penulis barat, diantara mereka:
            Penduduk tanah Arab terbagi kepada dua kumpulan, yang tinggal tetap dan bergerak. Hijaz dan Selatan Arab ditaburi dengan pekan-pekan kecil dan sedikit bandar. Selebihnya; di Semenanjung tanah Arab mempunyai bilangan penduduk yang berubah-ubah, mereka terdiri dari Badouin. Mereka adalah manusia yang ketinggalan didalam ketamadunan dan juga politik, punca kekacauan dan juga ketakutan bagi penduduk tetap. Mereka hidup sebagai lanun padang pasir, dan amat terkenal dengan kebengisan dan taat terhadap suku kaum tertentu.[4]
            Suku kaum yang lebih terkemuka telah menunjukkan penguasaan mereka ditempat-tempat yang tertentu. Di Makah orang yang berkuasa adalah Quraysh, di Yathrib orang yang berkuasa adalah kaum Arab dari suku Aus dan Khazraj, dan kaum Yahudi dari suku Nadheer, Qaynuqa dan Qurayza. Suku Quraysh di Makah menganggap diri mereka lebih mulia dari Badouin, tetapi orang badouin berpuas hati dengan memanggil mereka penduduk pekan yang tidak lebih dari ‘bangsa penjaga kedai’
            Semua Arab terkenal dengan peribadi yang tertentu, seperti sombong, takbur, ganas dan teramat suka merampas. Kesombongan adalah sebahagian dari punca kegagalan mereka untuk menubuhkan sebuah kerajaan sendiri. Mereka tidak punya disiplin di dalam politik, sehinggalah bangkitnya Islam, mereka tidak pernah mengakui siapa sebagai penguasa dibumi Arab.
            Mereka mengakui kepimpinan seseorang selagi dia boleh memandu mereka kekancah peperangan dan ketaatan boleh didapati dengan janji memberikan bahagian yang memuaskan dari hasil yang diperolehi, dan kepimpinan itu  akan berakhir dengan tamatnya ekpedisi tersebut.
2.      Pertanian
Sayur-sayuran amat kurang disebabkan oleh kekurangan hujan dan disebabkan juga kandungan garam yang tinggi ditanahnya. Pepohonan kurang melainkan pokok-pokok renEK. Kesemua tumbuhan terpaksa menyesuaikan dengan keadaan padang pasir untuk hidup.
Pokok kurma tumbuh dimana terdapat air. Ianya adalah tanaman utama dan penting disemenanjung Arab. Kurma adalah makan asli bagi kebanyakan Arab, dan pokoknya memberikan hasil sampingan seperti kayu dan barangan yang lain. Pohon tamarisk dan acacia terdapat juga dibanyak bahagian negara ini.
Bijiran utama Arab adalah gandum, barli, oat, jagung dan sekoi. Kopi tumbuh di Yaman; kapas tumbuh dengan banyaknya di Yaman dan Oman. Buah mangga telah dihasilkan dengan jayanya ditempat aliran air Al-Hasa di dalam kawasan Arab Saudi, dan pokok kelapa hidup di Oman. “Hutan yang terdapat diTanah Arab adalah rumpunan pokok renek yang hidup ditanah tinggi Yemen. [5]

C.    Keadaan Ekonomi.
            Secara ekonomi, kaum Yahudi lebih maju dari Arab. Mereka adalah tuan tanah yang terbaik di Hijaz, dan mereka juga peladang yang terbaik diseluruh negara. Mereka adalah perintis-perintis industri yang ada dikala itu, dan berbangga diri dengan monopoli mereka terhadap industri persenjataan.
            Penghambaan adalah intitusi ekonomi bagi orang arab. Hamba-hamba lelaki dan wanita telah dijual dan dibeli seperti binatang, dan mereka merupakan golongan yang paling tertekan di dalam masyarakat Arab.
            Golongan yang paling berkuasa dikalangan Arab terdiri dari kapitalis dan peminjam uang. Faedah yang dikenakan terhadap sesuatu pinjaman amatlah tinggi, dan dirangka khas supaya yang kaya bertambah kaya dan simiskin menjadi miskin.
            Kota-kota negara Arab yang termashor adalah Makah dan Yathrib, kedua-duanya di Hijaz. Warga Makkah kebanyakkannya adalah saudagar, pedagang dan cheti. Khafilah mereka menuju ke Syria dimusim panas dan di musim sejuk ke Yaman. Mereka juga menuju ke Bahrain di Timur dan ke Iraq di Timur laut. Perdagangan berkhafilah ini adalah asas bagi ekonomi Makah, dan organisasinya memerlukan kemahiran, pengalaman dan juga kebolehan yang mencukupi.
            Peminjam wang biasanya mengambil satu dinar bagi setiap dinar, dan satu dirham bagi setiap dirham, dalam perkataan lain 100% faedah. Didalam Quran 3:130 Allah berkata orang-orang yang beriman janganlah kamu mengamalkan riba berlipat kali ganda.’ Ini boleh bermaksud bahawa faedahnya 200% atau mungkin 400% yang diminta. Perangkap riba, dari pedagang Makkah tidak sahaja menjebak penduduk dan suku kaum yang didalam kota, malah dari ahli suku kaum Badouin Hijaz juga, yang aktif didalam perniagaan di Makkah.

D.    Keadaan Sosial

            Masyarakat Arab adalah yang dikuasai oleh lelaki. Wanita tidak mempunyai status apa-apa selain dari objek nafsu. Jumlah wanita yang boleh dikahwini oleh lelaki tidak ditetapkan. Apabila seorang lelaki mati anak lelakinya ‘mewarisi’ kesemua isteri-isterinya melainkan ibunya sendiri. Adat yang zalim bagi kaum Arab adalah untuk menanam bayi perempuan mereka hidup-hidup. Walaupun jika seorang Arab tidak berhajat untuk menanam bayi perempuannya, dia masih perlu menegakkan ‘kehormatan tradisi’ tersebut, kerana tidak tahan menanggong tekanan dari masyarakat sekeliling.
            Mabuk adalah satu tabiat yang biasa bagi orang Arab. Dalam keadaan mabuk mereka berjudi. Mereka adalah kaki botol dan kaki judi. Perhubungan diantara lelaki dan wanita terlalu bebas. Ramai wanita yang menjual diri untuk sara hidup, oleh kerana tiada lain yang dapat mereka lakukan. Wanita-wanita ini menaikan bendera dirumah-rumah mereka, dan mereka digelar ‘wanita bendera.’
Sayyid Qutb dari Mesir didalam bukunya, petunjuk sepanjang jalan, diterbitkan oleh International Islamic Federation of Student Organization, Salimiah, Kuwait dalam tahun 1978 [ms 48, 49] telah menyebutkan dari ahli hadith yang terkenal, Imam Bukhari pada perkara institusi perkahwinan di tanah Arab sebelum Islam seperti berikut:
Telah berkata Shihab [az-Suhri]: ‘Urwah b. az- Zubair memberitahu dirinya bahawa Aishah, isteri Rasul Allah, memberitahu dirinya [Urwah] bahawa perkawinan dimasa  jahiliah ada empat macam:
1.         Pertama adalah perkawinan mereka sama seperti dihari ini, dimana seorang lelaki memberi izin warisnya atau anak perempuan nya kepada seorang lelaki lain, dan lelaki itu memberikan mas kawinnya kepada wanita itu lalu mengawininya.
2.         Satu lagi cara dimana seorang lelaki berkata kepada isterinya yang telah bersih dari haidnya, ‘Hantarkanlah isterinya kepada N dan minta dia lakukan hubungan kelamin dengannya,’ si suami maka menjauhkan diri dari isterinya, sehingga nyatalah si isteri telah hamil dengan perhubungan yang sedemikian dengan lelaki tersebut. Apabila nyata yang si isteri telah hamil, maka sisuami bolehlah membuat hubungan dengan si isteri, jika dia berhajat. Perbuatan si suami ini tidak lebih dari menghajatkan keturunan yang kenamaan. Perkahwinan seperti ini dinamakan nikah al-istibda, perkawinan yang menghajatkan bersekedudukan.
3.         Cara yang satu lagi pula adalah sekumpulan lelaki yang jumlahnya kurang dari sepuluh orang, yang biasa berkunjung kerumah seorang wanita dan kesemua mereka ada melakukan hubungan kelamin dengan wanita tersebut. Jika wanita itu hamil dan melahirkan anak, dan setelah beberapa hari dari kelahirannya, wanita itu akan memanggil kesemua lelaki tersebut, dan kesemua mereka tidak boleh menolak. Apabila kesemua mereka telah hadir, wanita itu akan berkata, ‘Kamu semua telah tahu akan hasil dari perbuatan kamu; kini aku telah melahirkan anak, dan anak ini adalah kepunyaan X,’ – menyebutkan nama sesiapa yang dia hajati. Maka bayi itu menjadi kepunyaannya, dan lelaki itu tidak boleh membantah.
4.         Cara yang keempat adalah apabila ramai lelaki datang mendapatkan seorang wanita, dan ia tidak menjauhkan dirinya dari mana-mana lelaki yang datang kepadanya. Wanita-wanita seperti ini adalah baghaya [pelacur]. Mereka meletakkan bendera dipintu-pintu sebagai isyarat. Setiap yang berhajat tidak ditolak. Jika seorang dari wanita itu melahirkan anak, mereka semua akan datang mendapatkan wanita tersebut seraya memanggil seorang ahli firasah [pakar menentukan apa yang ada pada tanda-tanda dibadan]. Maka bayi itu akan diberikan kepada lelaki yang dikatakan bapa kepadanya, dan tiada bantahan yang berlaku.
Apabila Muhammad [saw] datang dengan mengatakan yang benar, baginda telah menghapuskan kesemua cara perkahwinan jahiliah melainkan apa yang diamalkan sehingga kehari ini[6].

E.     Kaedah Beragama Di Tanah Arab Sebelum Datangnya Islam

            Sejarah Arab sebelum datangnya Islam telah dikenali sebagai zaman jahiliah. Dilihat dari segi kepercayaan dan amalan orang-orang Arab ini maka jahiliah adalah nama yang bersesuaian. Orang-orang Arab penyembah bermacam-macam jenis agama yang boleh dibahagikan kepada beberapa kategori.
1.      Penyembah berhala atau musyirik. Kebanyakkan dari mereka adalah penyembah berhala. Mereka menyembah banyak patung-patung, dan setiap kaum mempunyai patung atau berbagai patung mereka sendiri. Mereka telah menjadikan Kaaba di Makkah, yang mana menurut tradisi telah dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail, dan telah diserahkan oleh mereka berdua untuk kepentingan Tuhan yang Esa, kini menjadi rumah untuk sebanyak 360 berhala-berhala dari batu dan juga kayu.
2.      Atheis. Kumpulan ini terdiri dari mereka-mereka yang materialis yang berkepercayaan bahawa dunia ini adalah kekal.
3.      Zindigs. Mereka ini dipengaruhi oleh doktorin Farsi yang menganggap bahawa segala-galanya berganding. Mereka percaya bahawa adanya dua tuhan yang mewakili dua kuasa yang baik dan jahat atau terang dan gelap, dan keduanya telah terikat oleh pergelutan untuk berkuasa yang tiada akhirnya.
4.      Sabines. Mereka menyembah bintang-bintang.
5.      Yahudi. Apabila Roman menghancurkan Jerusalem ditahun A.D 70 dan menghalau keluar yahudi dari Palestine dan Syria, kebanyakkan mereka menjumpai tempat kediaman yang baru di Hijaz Arab. Dibawah pengaruh mereka ramai Arab telah bertukar menjadi yahudi. Pusat mereka yang kuat adalah di Yathrib, Khayber, Fadak dan Umm-ul-Qura.
6.      Kristian. Roman telah menukarkan suku kaum Ghassan di Utara Arab kepada kristian. Beberapa puak dari suku Ghassan telah berpindah dan tinggal di Hijaz. Dibahagian Selatan pula, terdapat ramai kristian di Yaman dimana agama tersebut telah dibawa oleh penjajah dari Ethiopia. Pusat mereka yang kuat adalah di Najran.
7.      Penyembah Tuhan yang Esa. Terdapat kumpulan yang kecil penyembah Tuhan yang Esa di Tanah Arab pada permulaan kedatangan Islam. Ahli-ahlinya tidak menyembah berhala, dan mereka adalah pengikut Nabi Ibrahim. Ahli dari keluarga Muhammad, bakal Rasul, dan Ali ibn Abi Talib, bakal Khalifah, dan kebanyakkan dari suku kaum mereka – Banu Hashim – tergolong dalam kumpulan ini.
IV.             KESIMPULAN
Banyak hal yang terdapat dizaman pra islam di arabi yaitu adalah salah satu kebudayaan bangsa arab yang yang mementingkan kepuasan diri mereka yang sehingga siapa yang berkuasa pada saat itu maka merekalah yang dihormati. Banyak pula para wanita dizaman itu yang tertindas hanya dianggap sebagai pemuas nafsu dan pekerja didalam saja tanpa sedikitpun diberi kelonggaran dalam kesehariannya, begitu pula politik arab yang begitu licik yaitu Keadaan yang paling terlihat cara hidup berpolitik orang Arab sebelum Islam adalah “ketiadaan organisasi politik dalam bentuk apa pun”.
Dalam hal social dan ekonomi banyak bangsa arab yang membudidayakan system riba yaitu mengambil keuntungan sebanyak-banyaknya. Demikianlah mungkin yang bisa kami sedikit jelaskan pada pemaparan “Pra Islam Ditanah Arab”.  
V.                REFERESNSI


[1] Dr. Badri Yatim, M.A, “Sejarah Peradaban Islam Dirasah Islamiyyah II”, Jakarta, Persada, 2003
[2][2] Phillip K.Hitti, “History Of The Arabs”, PT Serambi Ilmu Semesta, Jakarta, 2010
[3] Ibid hlm 16
[4] Ibid hal 71
[5] Dr. Badri Yatim, M.A, “Sejarah Peradaban Islam Dirasah Islamiyyah II”, Jakarta, Persada, 2003 hlm 12
[6] Ibid hlm 22

Tidak ada komentar:

Posting Komentar